Sunday, June 5, 2011

Satu Penantian

Sejak kali pertama kita bertemu , aku tidak pernah melupakan kau. Hanya kau yang berada di hatiku setiap masa . Aku hanya ingin luangkan masaku bersamamu . Kau terlalu sempurna dimataku . Hatiku terpaut dengan senyumanmu . Kaulah segala-galanya untuk aku ,tanpa kau , hidupku tidak sempurna . Aku menyayangimu lebih dari apa-apa pun walaupun banyak halangan , tapi aku tetap inginkan kau . Biarpun ibu bapaku tidak bersetuju aku mencintai dirimu dirimu tapi bagiku mereka tidak tahu sebesar mana cintaku terhadapmu ...


Tapi kini , kau meninggalkan aku sendirian tanpa menghiraukan perasaan aku , terhiris hati aku , terguris jiwa aku nie , menangis tanpa henti tak kira waktu dan tempat . Dulu dengan kehadiran kau , hidupku terang dan tidak sunyi , sekarang , hidupku gelap gelita dan sangat sunyi . Pelbagai cara aku cuba untuk lupakan kau tapi wajah kau selalu muncul dalam mimpiku . Aku menanti panggilan atau mesej daripada kau tapi kau masih tidak muncul-muncul . Biarpun kau buat aku begini ... tetapi aku masih mencintai kau , dan aku takkan pernah lupakan kau . Aku sanggup lakukan apa sahaja asalkan kau nampak betapa besarnya cinta aku terhadap kau . Aku akan menunggu kau sampai bila-bila .

No comments:

Post a Comment